Al kisah Si Gunung Tahan Bahagian Kedua

Harap maaf rakan rakan sambungan bahagian kedua agak lewat sikit sebab ada banyak sikit masalah dan urusan harus di sudahkan dahulu, ok kita sambung balik cerita kita jeng...jeng..jeng..

D-Day+4 160730H Feb 2010 Puncak - Bkt.Botak - Bonsai - Berlumut - Kubang - Permatang - Kem Kor

Sejuk dan dingin mecengkam sampai tulang hitam dah le kena hentam ngan angin kuat kat atas tu bertambah sejuk le jadinya. Alarm jam aku pun dah bunyi apa lagi dengan kesejukan pagi kat atas tu maka aku mengagahi langkah untuk milihat sunrise.. perh memang cantik, tak terungkap ngan kata kata bro siap permandangan di hampari awan tebal, seolah olah aku berada tinggi di awangan. Tepat jam 8 pagi aku pun melangkahkan kaki turun kebawah, hari ni jarak perjalanan agak gile sikit... aku dah lama x buat keje ni long miles journey, dan lingkungan 18.5km aku kena redah dan dalam masa 11 ke 12jam macam tu lebih kurang. kedebuk kedebak aku melangkah melintas bkt. botak kemudian stop jap kat Bonsai sambil menikmati keindahan pohon bonsai yang tak terdapat kat tempat lain lepas tu layan sebatang rokok sat, lepas tu shoot balik berjalan. Entah macam mana macam aku dah angin yang baik dan nasib baik badan tak sakit sakit aku terus melangkah mengharungi Berlumut... ini yang azab sikit ni, sebab sudah start main pijak akar dan meniti batu licin, hampir hampir aku nak tergolek tapi nasib baik dapat berpaut kat satu pokok kurus tu... perhh kecut gak perut di buatnya. Dah mula kaki melangkah saiz gorila, apa taknya masa datang menaik ini masa tu ha.. amik kau melangkau le kaki mengangkag jadinya..hahahaha....

Alhamdulillah.. abih azab melintas berlumut aku rest lama sikit kat Kubang, apa lagi makan nasi le... lapik perut. sedang syok syok aku ngan rakan rakan relaks tetiba datang satu rakan aku, aku ingat macam biasa le, tapi lain plak citenye.... satu group lagi ada kat belakang sekali jarak ngan kita orang 3 ke 4 jam..... arghhh pak akal jadi macam ni tapi nasib baik abg guide ada kat belakang, ok kena tunggu orang kuat datang buat keputusan, jadi selepas rehat dan mencari akal maka keputusan pun keluar dalam 9 orang yang ada kat situ 5 orang akan stay tunggu rakan yang sorang lambat ni dengan guide... aku ngan 2 lagi rakan akan gerak dulu secepat mungkin ke kem kor supaya dapat datang balik ke permatang kalau sempat sebelum gelap untuk bantu yang lambat ni, kalu tak sempat rescue aku buat persedian makan malan dan minuman kepada mereka yang lewat ni. Apa lagi speed turbolah bang belari melompatlah dan pelbagai lagi, alhamdullilah sampai kat permatang dalam pukul 1600H dan masa aku gerak dari kubang lebih kurang 1445H ke 1500H macam tu le. Kira kira 1 jam lebih aku menuruni bukit yang sejauh 3.5km... turun aje xada flat atau daki oun menurun aje. Sampai kat permatang menggigil kepala lutut aku macam kena renjat ngan letrik. Lepak jap layan setuk dua air ngan rokok aku shoot balik, kali ni speed tak boleh slow bang..... lega sampai kem kor tepat jam 4.30 petang. Masa aku sampai tu dah ada geng aku sampai dulu lagi awal dalam jam 2 petang dah sampai dah. Aku tak tau le mamat ni pakai jantung apa EX5 ke atau TZM, laju gile macam pelesit.

Sampai aje kat kem kor aku naik khemah masak air ngan nasi kemudian mandi jap, apa tak nye dah kat 3 hari tak mandi, tup tup tengok jam dah dekat pukul 1800H .... macam mana cite ni kalu nak panjat balik mau makan masa 1 ke 2jam ni, so aku amik keputusan stay kat base camp buat apa yang patut, sebabnya kat area tu kalu dah pukul 6 keatas lebih baik jangan pi, kalau kena lintas gak kena jalan ramai ramai atau secepat mungkin jangan sekali kali stop kat situ. Tunggu punya tunggu alhamdullilah semuanya selamat sampai dalam jam 2030H tanpa sebarang kecederaan atau pun musibah. So pakat bercerita kenapa dan mengapa jadi demikian, aku mata dah ngantuk layan kopi dan kedebush tido le apa lagi.

D-Day+5 171030H Feb 2010 Kem Kor - Lata Luis - Kuala Luis - Kuala Juram

Argh..... hari relaks sikit, trek dah kira tak susah dah siap berkemas dalm jam 1030H aku pun rakan rakan mula melangkah keluar dari kem kor, kali ni lewat sikit sebab jarak perjalanan dah dekat dah dalam sekitar 13.5km aje lebih kurang 3 ke 4jam perjalanan. Macam biasa aku jalan dulu le hehehe.... aku lalu aje Lata Luis tak singgah pun kemudian baru aku stop kat Kuala Luis berhenti makan tengah hari sebab dah janji ngan rakan rakan lain nak stop kat sini jap untuk makan tengahari. Lepas makan aku pun mulakan perjalanan aku ngan mamat jantung TZM tadi, kami berdua meredah le ke 4 anak sungai sebelum tiba ke Kuala Juram, dah dekat nak sampai dah dekat sungai yang terakhir aku ngan mamat ni ambil kesempatam relaks lama kat sungai ni, rasa sayang pulak nak tinggalkan sungai ni dengan sejuknya, sunyi, nyaman segala le, sebabnya pada masa aku rasa tenang sangat, sebab dalam kepala otak aku ni tak dah benda yang serabut dan bab penat dah tak bab dah untuk di fikirkan. Rasa ketenangan seperti ini aku tak akan dapat kat tempat lain. Dah lama melepak apa lagi sambung berjalan le bro, abih dah tak balik ke.... sampai aje simpang ke Lata Bunian dah nampak dah jambatan gantung yang memulakan Rintih Tahan ni, tepat jam 1545H aku selamat sampai ke Kuala Juram. Lepak jap tunggu 4wd nak bawa balik aku ngan rakan rakan balik ke Sungai Relau. Jam lebih kurang 1630H 4wd pun sampai dalam 1715H kami semua selamat sampai ke Pejabat PERHILITAN Sungai Relau, selesai urusan pengishtiharan sampah kami pun pacak khemah kat kem site Sungai Relau. Ha.. masa ni le nak merasa relaks habis, mandi kat bilik air, bercukur dan bersantai di bawah lampu jalan, hahahaha..... abis aktiviti sembang sumbing apa lagi tido le...

D-Day+6 181300H Feb 2010 Sungai Relau - Gua Musang - Kajang

Pagi lepas solat subuh aku siap jemur khemah, masak dan mengemas sambil menunggu 4wd yang nak bawa kami balik ke stesen keretapi Merapoh. Dalam jam 1300H 4wd pun sampai, huiii.... semua dah smart dah janggut macam beruang pun hilang, misai macam ikan keli pun dah kontot, al maklumlah nak masuk pekan dan nak balik dah. sampai kat stesen dalm jam 1330H, pekena nasi dulu ngan air coke dulu, lepas tu baru pi kat stesen keretapi tunggu tren nak ke Gua Musang. Kenapa ke Gua Musang??? Apa ke hei nye nak menunggu lame kat Merapoh nak buat apa, baik pi Gua Musang boleh layan KFC hahahaha..... memang dah adat group kami keluar aje dari hutan KFC ngan Vanilla Coke mesti layan baru complete mission. Sampai aje KFC pun kena serbu, aduh lain plak cite nya.... KFC tak ada aircond, rosak pulak..... argh pedulikan hantam aje panas pun panas lah pun kena layan gak. Dekat berejam gak aku ngan rakan rakan merayau kat pekan Gua Musang tu sementara nak tunggu tren dari Tumpat ke Kuala Lumpur sampai. Lebih kurang jam 2100H tren pun sampai, apa lagi panjat le tren, udah tren yang naik ni bergelap dah plak tu aircond pun kong jugak...... hampeh... nasib baik bro KTMB ni power apa entah yang di kelebek kat kotak letrik tu, yang gelap dah terang dan yang panas dah jadi sejuk membeku pulak. Macam biasa le kalau naik ngan rakan rakan tido tak de dah, lepas penat bersembang pi kantin lak layan makan ngan rokok sebatang, argh tak boleh jadi keje ni..... rugi bayar lebih tapi tak tido ni, apa lagi tarik langsir berdengkur le...... perhhh best oooo tren baru KTMB ni.... kalau nak tau sendiri mesti try, pasti tak menyesal..... bukan nak promo tapi kenyataan.......

D-Day+7 190830H Feb 2010 Stesen Keretapi Kajang

Sesedar je aku dah sampai kat Seremban, nyenyak gak aku tido semalam, basuh muka lebih kurang, gosok gigi dan lepak kat tangga sambil layan lagu dalam tren. Sampai je kat Kajang lebih kurang 0830H melangkah keluar dan apa lagi semua dah nampak muka family yang menunggu kat luar. Buat aktiviti terakhir iaitu bersalam ngan rakan rakan yang akan mengambil haluan masing masing ke rumah, aku ngan member aku pi pekena roti canai dulu kemudian baru fikir macam mana nak balik ni, dah selesai makan pagi kami amik keputusan naik teksi ajelah, senang cite.... lebih kurang 1000H aku pun selamat sampai kat depan pintu umah aku, perhhh rindu betul kat umah hampir seminggu aku tinggalkan umah. Maka tamatlah sudah kembara aku bersama sama dengan rakan rakan menawan Puncak Tahan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Itulah rakan rakan ku coretan dan pengalaman yang tak seberapa yang aku ingin kongsikan bersama dengan pembaca sekalian, nak aku cite kat sini sampai 100 tahun tak akan habis, tetapi apa yang penting adalah pengalam dan pengajaran yang dapat aku timba dari kejadian dan pengalaman dari perjalanan tersebut...... pelbagai cerita yang terjadi yang aku tak nyatakan kat sini sekadar menjadi pedoman dan kenangan buat diriku dan rakan rakan yang terlibat. Jika ada kesempatan waktu akan ku ceritakan apa lagi peristiwa yang terjadi tetapi tidak di sini mungkin semasa di meja kopi atau sebagainya kerana ada di antara pembaca kita ada yang menpunyai PEMAHAMAN YANG BERBEZA, jadi tak perlu aku mengulas panjang kerana tepuk dada tanya niat anda kenapa berbuat demikian sedangkan pekara tersebut tidak harus anda lakukan sehingga mengguris hati dan perasaan seseorang. Aku berdiam sahaja biar Allah S.W.T yang menentukan dan menilai seseorang itu bukan manusia itu sendiri. Itu yang dapat dari perjalanan ke Gunung Tahan ni. Jika ada coretan dan catatan aku ini agak pincang dan tak sedap di baca maaf kan daku, kerana aku sekadar manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan dan kerosakan. Wassalam 73 blahhhhhh.........



1 comment:

Blogger said...

If you need your ex-girlfriend or ex-boyfriend to come crawling back to you on their knees (no matter why you broke up) you need to watch this video
right away...

(VIDEO) Get your ex CRAWLING back to you...?

Post a Comment