|0 comments
KEMBARA TAHAN KEMBALI LAGI

Salam kepada semua rakan rakan, agak lama saya tak mencoret bukan mencarut ye...hehehehe... Dah rasa lama sangat tak menulis dalam blog ni.... tapi entah kenapa terpikir pula malam ni nak menulis pulak. Sejak kebelakangan ni pelbagai akitivi yang di buat dan sibuk yang melampau pulak tambahan pulak tu dengan tubuh badan yang tak berapa sihat itu juga penyumbang kepada mengapa saya lama tak menulis dalam blog ni.

Macam yang tertulis kat atas sekali insyaAllah dalam tahun depan saya dan beberapa rakan merancang untuk menakluki semula Gunung Tahan, kali ni bersama sama dengan kumpulan Alam Damai Radio Amatur Community 47 "ADARC47" untuk mencuba nasib menawan pucak tahan.

Banyak saya terima permintaan selepas pendakian tahan pada tahun 2010 dan pada kali ni saya telah membuat perancangan untuk membawa kumpulan ADARC47 dan bersama sama peserta xpdc yang lain untuk turut sama menjayakan aktiviti ini. Alhamdullilah sehingga rencana inni ditulis sudah ada seramai 5 orang peserta dan masih lagi berbaki 7 tempat kekosongan yang perlu di isi untuk para penyahut cabaran tahan 2012.

Bukan apa sekadar ingin berkongsi pengalaman dan sesama kita ahli radio mahu pun bukan ahli radio untuk beriadah sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan yang maha Esa ini. InsyaAllah aktiviti ini akan berlansung pada Januari 2012 dan sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan saya melalui FB atau laman blog ADARC47.blogspot.com.

Maklumat lanjut juga anda boleh dapati di sana. Oklah rasanya sampai di sini dahulu buat masa ni.... para pendaki yang telah mendaftar sila membuat persiapan dari segi kesihatan, mentak dan peralatan, sebab yang kita akan harungi adalah satu kawasan yang sukar dijangka, dan para penuntut yang akan menduduki ujian Morse Code siri 1/2011 semoga lulus dengan jayanya. InysaAllah..... Ok 73 Blahhhhhhhhhh