TAHAN yang Tak TerTAHAN

|0 comments

Aha.... dengar tajuk pun dah tau dah..... Ni le kata tak ada penyakit cari penyakit... tapi penyakit yang sihat untuk fizikal dan mental. Sudah hampir 9 tahun aku tak menghirup udara di kawasan gunung tahan, tapi alhamdulillah kali ni kalu tak ada masalah bulan Feb ni aku ngan geng gunung aku akan berkunjung kembali ke lokasi yang sama. Tahan, nama yang cukup sinonim dengan kaki gunung.... countdown ada +/- 17hari lagi aku kena persiapkan diri, almaklumlah jentera tua.... pagi ahad tadi aku ngan group aku buat warmup sikit dekat Gunung Nuag..... oklah menyentap gak urat betis ngan urat paha aku, tapi tak apa untuk stamina nak ke atas sana yang lebih mencabar dan tak terduga nanti. Ooooo........ tidak jawapannya,... ehhh apa ke hal lak mamat ni tetiba tidak plak. Sebab aku dah tahu apa soalannya..." Naik ikut mana? Merapoh ke Kuala??? soalan lazimlah katakan...

Kali ni aku ngan geng main merapoh - merapoh, bukan tak berani tapi semuanya sejenis macam aku dengan umur dah otai tambah lak ada yang dah lama angkat beg... jadi pepaham ajelah... sebab tu kami ikut merapoh - merapoh aje. Aku pun tak tau lagi aku OK ke KO... pancit atau tak.... semua jawapan itu memang aku cukup ngeri baii.... tapi aku berharap semua yang pi ni sihat, selamat pergi dan pulang ke pangkuan keluarga. Pancit atau tak belakang kira janji tapak kaki semua geng yang pi mesti sampai ke sana.

Adusss..... kasut trekking aku dah uzur dah plak tu..... hari ni aku saja test pakai kasut getah "kasut menoreh tu lee"... pakai memang best... lembut dan ringan TAPI..... sudah gigit gua jari maaa..... merlecup jari aku.... adusss... nampak gayanya tak sesuai.. kena cari kasut trekking yang elok punya.. aku malas nak cari yang baru... tengoklah esok lusa aku nak try ronda ronda kat kedai bundle kasut, manalah nak tau ada hi-tech ke swat ke.... ada murah aku sauk kalau mahal aku meraung..hahahahaha Bukan apa aku jarang sangat pakai kasut jenis macam ni, kalau beli baru pun buat rugi...baik aku cari yang secondhand..... janji sedap pakai dan tak sakit kaki....

Oklah mata pun dah berat aka stone... badan letih sebab baru aje balik jumpa pak yob 9W2YR dan jemaah, ada sikit perbincangan.... dari pagi tak baring lagi ni, la baru nak baring...orait nanti kita jumpa lagi.... TAHAN HERE WE COME... 73 blahhhhhhhhhhh

Terkenang Dan Merlinang

|0 comments
Jauh petang tadi aku mengelamun.... almaklumlah cuti panjang duduk rumah menjaga xyl yang dicintai sakit, sekali sekala kena jadi papasitter le bang..... memasak, mengemas, membasuh.... pendek kata serba serbi lah yang biasanya keje surirumah yang buat. Tapi apa ada hal selama ni pun aku buat gak, tapi lebih sikit aje.... pembantu tengah sakit.

Opsss.... aku lupa nak ucapkn terima kasih pada abg Man Botak BMX kerana susah payah tolong carikan ikan haruan untuk xyl aku dah le tu siap siangkan lagi.....terima kasih bro... rasanya tak terbalas jasa bro aku nk balas, dari aku demam denggi siap abg man ngan kak tun masakkan sup ketam sampailah ke ikan haruan untuk xyl aku..... tima kasih abg man.

Apa yang aku mengelamun petang tadi??? Ha... menatang kat gambar bawah ni le....HARRIS AN/PRC 105 HF Manpack Radio..... Inilah teman aku berbual kalau masa dalam keje.... ini lah penghilang rindu dan pengirim berita...nak ada phone dalam hutan .... tak dapat bang oiiii....... aku cukup sayangkan radio jenis ni, sebab apa senang nak pakai, tambah plak ringan dan bateri tahan lama.... TAPI... yang menjadikan air mata hati aku merlinang sebab apa ada sesetengah yang tak menghargai benda ni.... main campak campak macam sampah... biar dalam stor buat sarang labah labah.... dan macam macam lagi... mungkin bukan harta mak bapak dia punya.... bukan murah oooo.... puluh ribu bang...

Tambahan lagi dengan harga yang sangat mahal mungkin aku hanya memendam cita cita aje... almaklumlah waktu untuk aku keluar dari baris pelan menggamit tiba.... mungkin hanya tinggal kenangan aku dengan set kesayangan aku yang bernombor siri R203/98.... mungkin nasib kau lebih baik sang radio jika mendapat tuan yang sayang dan perihatin dengan diri mu.... tapi apakan daya jika sebaliknya maka sengsaralah nasib mu wahai sang radio.

Perinsip aku cukup senang, harta pejabat akan ku jaga seperti harta ku sendiri.... sebab apa bila kita memerlukannya di saat genting dan kecemasan, tak lah gelabah ping pong jadinya. Ini tidak terkejar sana, terkejar sini, melaung sana, melaung sini..... mulalah minta harta benda orang sebab apa hak sendiri dah lingkup bahana tak boleh pakai atas sebab kecuaian dari kealpaan diri sendiri. itulah aku sering berpesan pada pada diriku, keluarga, rakan pejabat mahupun rakan di sekeliling.... menghargailah sesuatu benda,nikmat atau pun anugerah tak kira datangnya dari manusia mahupun yang MAHA KUASA..... jagalah dan peliharalah dengan penuh tanggung jawab serta hargai dengan jiwa yang jujur dan ikhlas. Nescaya setiap perbuatan yang baik akan beroleh kebaikan tak kira di dunia ataupun di alam fana kelak....

Oklah.... dah panjang aku menceceh ni... kepada sahabat ku "wahai sahabat ku mungkin bulan depan adalah sekian kalinya kita akan bertemu.... maka ku berpesan kepada mu berkhidmat dengan penuh setia dan taat tanpa mengira jemu sehingga riwayat mu masih ada..... segala budi dan jasa mu tetapkan ku kenang sehingga ke akhir hayat ku..... selamat tinggal rakan ku wahai si radio"......73 Blahhhhhhhhh


73 Kau Dengar Pulak...

|3 comments
Berangin aku jadinya... ahhh malas aku nak ingat callsign HARAM JADAH tu... Sabtu lepas aku ngan rakan rakan ADARC47 sekian kalinya berkampung kat kaki Gunung Nuang. Tapi kali ni coretannya ada manis, suspen, lawak dan mendebarkan.

Maka bermulalah ketibaan anggota militia 47 ke lokasi antara WPG, TSE, BJT, GFA, NTT, Aku ngan sorang SWL Wan (rakan WPG) ke camp site BCT... hehehe jangan marah abg ibrahim yang taruk nama tu. Maka macam biasa semua pun setup base ngan antenna untuk event kali ni, alhamdullilah cuaca amat baik, seolah olah merestui kedatangan kami.

DX pun bermula dapatlah satu stesen di Kg. Pandan di 10mtr kemudia australia dlm lewat petang di band yang sama. Sedang asyik berborak tiba tiba abg bujat kita ternampak satu mamat ni mundar mandir kat generator aku... maka bujat sekali RP camp site cuba mendapatkan maklumat, rupa rupanya benar apa yang kami sangka, dia mencari 4wd yang boleh naik ke atas untuk ambil salah seorang rakan dia yang cedera. Maka apa lagi semua pun bertukar dari mode Malas ke mode Rescue.

Tok.. tek..tok..tek... menunggu kebenaran Renjer untuk naik keatas maka keizinan pun dapat maka apa lagi besi timbang kati aku pun mulalah nak beraksi..... aduh pintu masuk pulak berkunci sepasal pulak nak tunggu abg Renjer tu nak datang, sambil nak tunggu kunci sampai tetiba muncullah orang yang sepatutnya nak di rescue tadi... alamat terbantutlah misi malam tu. Apa lagi semua balik ke base mula aktiviti malas le...

Selang berapa ketika kunci yang sepatutnya sampai untuk membuka pintu pun sampai...tapi hehehe..ada sejarahnya..tunggu..... Dalam Kepekatan malam WPG dan NTT terpaksa pulang sebab ada urusan yang harus di laksanakan esok...ok no hal. Udah dengan kes rescue tak jadi sedang asyik kami tidur udah sebuku roti yang sepatutnya untuk menjadi sarapan besok pagi telah kena samun dengan anjing, berbulu betul aku ngan TSE.

Udah le tu, sebelum kami semua nak mula beradu saje lah aku test kat 40mtr, ada satu stesen yang asyik CQ..CQ..CQ... bila ku jawap, dia diam lama... lepas tu cakap QRZlah, please complete your callsign lah... Aku apa lagi mulalah nak keluar ayat ayat pujangga.... dah le tu cakap tergagap gagap... memang H@#$% J@#$% betul.... Ahhhh aku mula feedup aku sebut ok 73...... aikk 73 dia boleh dengar plak aku cakap..... terus senyap cq pun tarak dah, dx pun tak dengar dah callsign dia..... geram betul aku, mana punya hamlau lah....

Perhhhh........sejuk pagi menusuk ke tulang hitam kami berlima, apa lagi TSE aka Abah pun masak sarapan pagi kami... apa lagi bang mee segera lah jawapnya... dalam asyik membuang tahi mata tetiba kelibat abg Renjer pun sampai, bertanyakan tentang rescue dan nak ambil balik kuncinya. Masa berlalu amat pantas, kami pun terus bersiap untuk pulang selepas terlelap seketika, dalam lebih kurang jam 1230H semua peralatan sudah siap load dalam kenderaan masing masing, sambil melepak dan melayan saki baki sarapan pagi tadi.

Jadi kami pun pi lah jumpa kat abg renjer tu... alamak aku lupa nak cakap nama dia Renjer Amran, very nice person, ha... time ni sejarah telah tercipta untuk buat semua rakan amatur, dia cakap le sambil bersaksikan 7 orang yang berada di lokasi, " Lain kali kalau jadi apa apa kes di atas, masa tu boss (aku lah tu) ada camping kat sini, saya akan tinggalkan kunci gate siap siap, hanya perlu telefon saje untuk bagi tau nak naik atas untuk tujuan rescue, hanya kat boss aje saya bagi kunci kat orang lain tak akan dapat punya". Perhh...... terkujat aku kejap, punya berapa besar kepercayaan dia bagi kat aku ngan rakan rakan untuk membantu mangsa sekiranya ada rescue di perlukan. Tapi tak apa ini adalah satu tanggungjawab dan cabaran untuk kita semua yang bernama RADIO AMATUR.

Ok.. dah panjang aku menceceh.... apa lagi start keta balik... tapi sebelum balik aku sempat buat demo keta buruk aku naik bukit tak ada driver...hehehehe.. ok semua selamat sampai ke rumah masing masing dalam sekitar jam 1500H, orait terima kasih semua lain kali kita jumpa lagi.......ok 73 blaahhhhhhhhhhhhhh
|0 comments
STAND TO !!! REJIMEN UNDER ATTACK !!!!

Alamak... ini bukan kunjungan lagi dah...tapi dah macam rombongan cik kiah ke bukit jalil... Aku ingat dalam 4 ke 5 ketul kereta rakan yang mai umah, TAPI sedozen... mau pitam aku kejap.

Tapi tak apa kunjungan tetamu seramai mana pun tetap aku layan sebaik mungkin dan yang terbaik serta termampu. Rasa ingin ku minitiskan air mata ku apabila melihat kunjungan rakan rakan lokalan ADARC47 menziarah xyl aku yang sedang sakit. Terus terang aku cakap rasa sebak dan terharu kerana layanan rakan rakan tak kira tatkala aku sakit mahu pun keluarga ku yang lain. Apa yang mampu hanyalah ucapan ribuan terima kasih yang tak terucap kepada rakan rakan sekalian.

Bukan takat datang menziarah, tapi siap ngan tapau sekali itu yang membuatkan lagi terharu di hati kecilku ini... tapi muka kena maintain macho..hahahahaha. Tambahan pula tidak di lupakan juga sedikit doa selamat oleh rakan kita Al Ustaz Al Amrie 9M2RIE yang sudi mengaminkan doa pada petang tadi. Apa apa pun jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan yang hadir tak kira dari ampang yang jauh mahu pun putrajaya yang tak berapa dekat sangat yang sudi bertandang ke teratak ku yang tak seberapa ni.

Ok apa pun insyaAllah hujung minggu depan aku ngan rakan V47 nak couter Dxing lagi kat kaki Gunung Nuang.... sapa mau joint jom. Ok cukup takat ni terima kasih semua terutamanya sekali kat kak tun yang sudi masak macam macam dengan ubi rebus cicah kelapa serta macam macam lagilah..... yang lain juga terima kasih atas segalanya. Orait jumpa lagi, 73 blahhhhhhh

Permaisuri Sudah Pulang

|0 comments
Alhamdulilah..... semuanya seperti sediakala.. xyl dah balik dari SDMC a.k.a SJMC petang tadi 09 jan 2010 1600H.... lega rasanya semua dah ada kat umah... kalu tak kena ulang alik ke Subang Jaya dalam 2, 3 hari ni.

Tapi yang gusarnya tangan kiri masih lagi berbalut, al maklumlah tangan kiri baru lepas ops mesti berbalut punya...tapi by the way thanks to friends yang mendoakan kesihatan xyl aku... tak terbalas rasanya... sesapa yang nak mai umah melawat di persilakan... no hal janji call dulu.

Mula dia addmid hari khamis petang sampai jumaat petang kepala aku kacau bilau.... mana taknya doc bius dia full body... aku ingat half body aje... memang betul bab ops ni aku dah masak tapi kena kat xyl aku mau kacau kepala otak jadinya, tapi alhamdullilah dalam jam 1630H dia pun call kat semua dah ok... sebab masa dia keluar masih xsedar lagi.. but oklah semua dah settle...

Ok aku nak sambung keje al maklumlah kena jadi papasitter buat masa ni, nanti ada masa terluang nanti aku sambung coretan lagi... orait 73 blahhhhhhh

Mula terjebak......

|0 comments
Ahhh.... berakal aku kali... mulanya tak ada minat langsung nak buat blog sendiri, syok surf blog member aje..... alih-alih aku teringat abg aku yang sulong cakap.." Along ingat lagi best kalau kita buat blog family kita, at list sanak saudara tau info terkini pasai family kita....senang nak inform apa jua berita, la ni zaman it dok net sana.... dok net sini... apa macam dik.."

Tusss.... petang hari tu tarikh keramat 07hb Jan 2010 dalam jam 9am... maka aku pun terkedek kedek bukak web blogspot, ha... maka jadi pening siut... awak tang menatang ni memang '0', maka apa lagi aku cari mamat yang boleh pegang la.....

Jeng..jeng... abg amrie le...hehehehe... jangan marah bang... apa lagi capai phone aku call... dari A to Z aku tanya, alhamdullilah atas pertolongannya maka terjadilah blog aku yang sulong ni. aku dok pikir kalu aku nak buat blog orang pun merangkak, apatah lagi nak buat yang hak sendiri. Baik aku try buat yang aku sendiri...at lest aku dah tau macam mana cara dia, la pelan best plak rasa layan blog ni, betullah macam kawan aku cakap " Hang wady kalau dah mula layan blog..memang best..tapi kena ingat... boleh terjebak macam macam pekara...hang ingat tu..."

Itulah ini first post aku... kalau ada cadangan atau komentar dari pengunjung amatlah di alu alukan, terus terang aku cakap aku memang zero dalam dunia ni..... so apa apa pun think positif

Tq amrie for your guide and help..... Ok blahhhhhh 73