Al Kisah Si Gunung Tahan Bahagian Pertama

Ha... bagai di janjikan al kisah tahan akan bermula, sorry lambat post sibuk ngan tugasan dan aktiviti lokalan. Ok al kisah pun bermulaa......

D-Day 122130H Feb 2010 Kajang - Merapoh

Dengan kesesakan yang melampau di pekan kajang maka aku ngan rakan2 berjaya berkumpul kat stesen keretapi Kajang menunggu tren expres timuran yang akan membawa kami ke merapoh. Jadi nak di pendek cite sebab banyak lagi nak tulis tren pun sampai dan kami semua seramai 11 orang pun naik, apa lagi dalam tren ada yang bersembang, menyakat, bergurau senda dan tak lupa juga ada yang mengcongak kemampuan diri boleh atau tidak untuk menyahut cabarab Tahan kali ini. Apa lagi lepas makan nasi lemak kat Gemas aku ngan rakan2 terus kebabom lena..zzzzzzzz...


D-Day +1 130630H Feb 2010 Merapoh - Sg. Relau - Kuala Juram - Kem Kor

Nasib baik ada rakan kejutkan aku kat Lipis kalau tak mau terlepas sampai Golok, ok semua pendaki selamat sampai dan turun di stesen keretapi Merapoh tepat jam 0630H, dan pelbagai riak muka telas terhasil al maklumlah muka baru bangun tidur. Sebelum meneruskan perjalanan sementara itu sempatlah bersarapan pagi, bersolat subuh dan mencari keperluan terakhir sebelum meninggalkan dunia ketamadunan dan menuju ke alam rimba yang mencabar.....

Dalam lebih kurang jam 1030H 2 kenderaan 4x4 yang akan membawa kami ke Pejabat PERHILITAN Sungai Relau telah sampai apa lagi, let's go geng.... Gunung Tahan tengah tunggu kehadiran kita semua. Maka sampailah kami di Sg. Relau maka kehadiran kami di sambut oleh Abg Man a.k.a Renjer Man Gajah serta abang guide kami iaitu Abg Mail. Pelbagai proses harus dibuat untuk memasuki Taman Negara ni dari permohonan permit masuk sampailah ke pengishtiharan barangan supaya barang yang di bawa masuk harus di bawa keluar semula.

Maka jam lebih kurang 1140H selepas semua urusan selesai maka kami semua bergerak masuk ke stesen terakhir sebelum mula mendaki Gunung Tahan iaitu Kuala Juram. Menaiki 4wd yang sama maka kami menyusuru jalan berturap sajauh 14km yang memakan masa 40 ke 45minit untuk tiba ke sana. Alhamdulilah kami semua selamat sampai walau pun jalan berturap tapi macam roller coster bang, nasib baik driver otai hehehe.....


Azab Telah Bermula
Selepas membuat penyedian terakhir dan sedikit penerangan dari abg guide serta bacaan doa kami pun mula melangkah ke laluan yang di beri nama RINTIH TAHAN. Bunyi macam biasa tetapi Rintih mungkin bermaksud denai atau laluan kecil, tetapi di sebaliknya engkau akan merintih dalam hati bertapa azabnya laluan yang kau akan hadapi dan sama ada kau akan tahan atau pun tidak. Ok dalam jam lebih kurang 1230H maka kami pun mulakan perjalanan melintasi jambatan gantung, Lata Bunian, menyeberangi 4 anak sungai yang shahdu maka akhirnya kami sampai ke kawasan rehat yang pertama Kuala Luis. Jarak di antara Kuala Juram dan Kuala Luis adalah 5 km yang memakan masa dalam 1 ke 1 setengah jam perjalanan. Tarik nafas jap kemudian meneruskan perjalanan yang mengcanak bukit sebelum tiba ke Lata Luis dan seterusnya ke Kem Kor tempat kami bermalam untuk hari ini. Jarak di antara Kuala Lius ke Lata Luis adalah 6km yang memakan masa 2 jam dan Lata Luis ke Kem Kor 2.5km dalam masa 1 jam aje. Purata pejalanan hari tu dalam 13.5km yang memakan masa 3 ke 4 jam perjalanan. Kami selamat sampai pada jam 1400H dan terus membuat pentadbiran sendiri dari mandi sampai le ke pasang khemah.



D-Day +2 140830H Feb 2010 Kem Kor - Kubang

Seawal jam 0630H semua pendaki telah bangun dari lena masing masing dan terus membuat persiapan sebelum memulakan pendakian, ada yang masak makanan untuk makan tengah hari dan tak lupa gak untuk sarapan sebelum bergerak. Barang makanan yang akan di gunakan pada hari berikutnya di lokasi yang sama di tinggalkan supaya ringan sikit bebanan semasa pendakian nanti. Ok semua dah siap maka jam 0830H kami pun bergerak meninggalkan Kem Kor menuju ke Kubang, laluan pada awalnya ok tetapi selepas melintasi sungai yang memisahkan Kem Kor dan laluan ke Kubang maka ia telah mula menunjukkan taringnya.

Mendaki dan terus mendaki tanpa henti hingga ke rest yang pertama iaitu Kem Permatang, kem ni jarang orang lepak sini sebabnya.....hehehehe sendiri mau ingatlah kawan dan kat sini masih lagi ada water point untuk di jadikan bekalan ke puncak. Jarak dari Kem Kor ke Permatang 2.5km yang memakan masa 1 ke 1 setengah jam perjalanan. Sambil rehat makan tengah hari, masak air teh panas, lepas tu layan rokok nusantara sambil di hembus kabus...... perhhh memang best bro.

Ok, tak boleh rest lama2 jauh lagi nak jalan ni dari Permatang ke Kubang 3.5km yang memakan masa 3 jam, jam lebih kurang 1300H kami pun mula mendaki. Perhh... berbakul bakul aku dengar ayat sumpah seranah rakan2, tapi aku diamkan aje terk memang menyakitkan hati dan kaki, apa tidaknya mendaki tanpa henti selama 3 jam dah le tu tak ada tempat nak rehat tambah lak trek dah mula main akar dan cat walk celah batang kayu, hehehe..... inilah tahan yang akan menguji mental dan fizikal serta di sinilah kita akan lihat siapa yang penyabar dan pemarah dan silap silap ada yang putus kawan pun ada, tapi yang penting sabar dan hadapi dengan hati yang tabah walaupun penat bagai nak mati. alhamdullillah kami selamat sampai ke Kem Kubang tepat jam 1500H dan di sini ada cerita di sebalik cerita.

Kem Kubang memang sedikit misteri tetapi biarlah misteri itu menjadi pedoman sesiapa yang melaluinya, dalam asyik kami melepak melpas penat mendaki tiba satu kumpulan kecil yang sedang turun dari puncak menuju ke Kem Kor. Apa yang menarik tentang pendaki ini adalah seorang wanita yang berumur 68 tahun dan sangat aktif dalam aktiviti mendaki tambah pula beg bawa sendiri tau, bukan pakai poter...hahaha... kalu warga emas boleh takkan yang muda kantoi kot...hehehe. Ok selepas bersembang ngan kakak tu masing masing buat aktiviti sendiri sehingga menunggu hari esok pejalanan dari Kubang ke Puncak sejauh 12.5km yang akan memakan masa 8 ke 9 jam perjalanan. Sabor ajelah......


D-Day +3 150800H Feb 2010 Kubang - Berlumut - Bonsai - Bkt Botak - Puncak

Macam biasa semuanya bangun awal bersiap dan tepat 0800H semua meninggalkan Kem Kubang menuju ke Berlumut, tapi trek kali ni ok sikit lah dar semalam yang menduga kaki dan akal, dalam 1 jam kami sudah sampai ke Berlumut. Nama pun dah kenal kalu berlumut mesti banyak air, ya trek sepanjang Berlumut ke Bonsai kami terpaksa meniti akar dan bermain lumpur dan lumut kerana trek ini amat basah dan lembab serta setiap langkah yang di atur harus berhati hati bagi mengelakkan kecelakaan. Ada juga beberapa orang pendaki terjatuh dan terbenam kaki semasa melintasi trek ni. Trek ni dah le licin, basah, berlumpur dan pelbagai lagilah tetapi di akhir perjalanan hadiah sedang menanti anda dengan pandangan yang sungguh cantik dengan panorama Puncak Tahan di selubungi awan dan kabus serta di kelilinagi pokok bonsai yang sangat cantik..... aduhh rasa sayang untuk meninggalkan tempat ini. Inilah kebesaran dan kekuasaan yang Maha Esa yang mentadbir seluruh alam.

Jarak di antara Kubang ke Berlumut 1.5km memakan masa 1 jam dan Berlumut ke Bonsai 5.5km dalam masa 3 jam perjalanan. Selesai berehat, bergambar dan sebagainya kami pun menuju ke destinasi rehat terakhir iaitu Bkt Botak yang jarak 3km yang memakan masa 2 jam aje. Hah...aje lah tu, memang dekat kalu trek dah main batu dan tambahan pulak ketinggian sudah mencecah 1500M FSL (From Sea Level) mau tak mengcungap macam ikan talapia atas darat. Alhamdullliah kami selamat sampai ke Bkt Botak tepat jam 1230H dan rakan2 lain masih belum sapai lagi pada masa tu, al maklumlah permandangan sudah bertambah cantik apa lagi semua pakat dok sesi fotografi le. Rehat sudah, memerut pun sudah, 3 jam rehat perjalanan bersambung semula menuju ke Puncak Tahan, trek sepanjang 2.5km dan masa di ambil dalam 1 jam pendakian. Keletu keletak tongkat aku memanjat batu alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai ke Puncak Gunung Tahan dan masa rasmi yang tercatat pada jam 1433H. Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya aku ngan rakan2 selamat sampai ke Puncak Tahan yang begitu indah dan tak terungkap dengan kata kata. Nantikan sambungan bahagian kedua sesi turun lah pulak ok jumpa lagi. 73 Blahhhhh........