73 Kau Dengar Pulak...

Berangin aku jadinya... ahhh malas aku nak ingat callsign HARAM JADAH tu... Sabtu lepas aku ngan rakan rakan ADARC47 sekian kalinya berkampung kat kaki Gunung Nuang. Tapi kali ni coretannya ada manis, suspen, lawak dan mendebarkan.

Maka bermulalah ketibaan anggota militia 47 ke lokasi antara WPG, TSE, BJT, GFA, NTT, Aku ngan sorang SWL Wan (rakan WPG) ke camp site BCT... hehehe jangan marah abg ibrahim yang taruk nama tu. Maka macam biasa semua pun setup base ngan antenna untuk event kali ni, alhamdullilah cuaca amat baik, seolah olah merestui kedatangan kami.

DX pun bermula dapatlah satu stesen di Kg. Pandan di 10mtr kemudia australia dlm lewat petang di band yang sama. Sedang asyik berborak tiba tiba abg bujat kita ternampak satu mamat ni mundar mandir kat generator aku... maka bujat sekali RP camp site cuba mendapatkan maklumat, rupa rupanya benar apa yang kami sangka, dia mencari 4wd yang boleh naik ke atas untuk ambil salah seorang rakan dia yang cedera. Maka apa lagi semua pun bertukar dari mode Malas ke mode Rescue.

Tok.. tek..tok..tek... menunggu kebenaran Renjer untuk naik keatas maka keizinan pun dapat maka apa lagi besi timbang kati aku pun mulalah nak beraksi..... aduh pintu masuk pulak berkunci sepasal pulak nak tunggu abg Renjer tu nak datang, sambil nak tunggu kunci sampai tetiba muncullah orang yang sepatutnya nak di rescue tadi... alamat terbantutlah misi malam tu. Apa lagi semua balik ke base mula aktiviti malas le...

Selang berapa ketika kunci yang sepatutnya sampai untuk membuka pintu pun sampai...tapi hehehe..ada sejarahnya..tunggu..... Dalam Kepekatan malam WPG dan NTT terpaksa pulang sebab ada urusan yang harus di laksanakan esok...ok no hal. Udah dengan kes rescue tak jadi sedang asyik kami tidur udah sebuku roti yang sepatutnya untuk menjadi sarapan besok pagi telah kena samun dengan anjing, berbulu betul aku ngan TSE.

Udah le tu, sebelum kami semua nak mula beradu saje lah aku test kat 40mtr, ada satu stesen yang asyik CQ..CQ..CQ... bila ku jawap, dia diam lama... lepas tu cakap QRZlah, please complete your callsign lah... Aku apa lagi mulalah nak keluar ayat ayat pujangga.... dah le tu cakap tergagap gagap... memang H@#$% J@#$% betul.... Ahhhh aku mula feedup aku sebut ok 73...... aikk 73 dia boleh dengar plak aku cakap..... terus senyap cq pun tarak dah, dx pun tak dengar dah callsign dia..... geram betul aku, mana punya hamlau lah....

Perhhhh........sejuk pagi menusuk ke tulang hitam kami berlima, apa lagi TSE aka Abah pun masak sarapan pagi kami... apa lagi bang mee segera lah jawapnya... dalam asyik membuang tahi mata tetiba kelibat abg Renjer pun sampai, bertanyakan tentang rescue dan nak ambil balik kuncinya. Masa berlalu amat pantas, kami pun terus bersiap untuk pulang selepas terlelap seketika, dalam lebih kurang jam 1230H semua peralatan sudah siap load dalam kenderaan masing masing, sambil melepak dan melayan saki baki sarapan pagi tadi.

Jadi kami pun pi lah jumpa kat abg renjer tu... alamak aku lupa nak cakap nama dia Renjer Amran, very nice person, ha... time ni sejarah telah tercipta untuk buat semua rakan amatur, dia cakap le sambil bersaksikan 7 orang yang berada di lokasi, " Lain kali kalau jadi apa apa kes di atas, masa tu boss (aku lah tu) ada camping kat sini, saya akan tinggalkan kunci gate siap siap, hanya perlu telefon saje untuk bagi tau nak naik atas untuk tujuan rescue, hanya kat boss aje saya bagi kunci kat orang lain tak akan dapat punya". Perhh...... terkujat aku kejap, punya berapa besar kepercayaan dia bagi kat aku ngan rakan rakan untuk membantu mangsa sekiranya ada rescue di perlukan. Tapi tak apa ini adalah satu tanggungjawab dan cabaran untuk kita semua yang bernama RADIO AMATUR.

Ok.. dah panjang aku menceceh.... apa lagi start keta balik... tapi sebelum balik aku sempat buat demo keta buruk aku naik bukit tak ada driver...hehehehe.. ok semua selamat sampai ke rumah masing masing dalam sekitar jam 1500H, orait terima kasih semua lain kali kita jumpa lagi.......ok 73 blaahhhhhhhhhhhhhh

3 comments:

Joe said...

tahniah di atas kepercayaan yang diberikan oleh ranjer, maka pergunakanlah sebaik mungkin, insyaalah...next time will join all of u.. :)

9M2RIE said...

sabaq bang aswadi, sapadia yg panggil x jawab.

ADARC said...

Hahahahahaha Cq Cq Cq pastu cikgu cikgu cikgu pastu ciku ciku ciku last2 kena buah siku la dgn BCT. bang adi radio rakan tu hanya bleh tx tp x bleh rx sbb tu dia x dengar anda. hehehehehe

Post a Comment