STAND TO !!! REJIMEN UNDER ATTACK !!!!

Alamak... ini bukan kunjungan lagi dah...tapi dah macam rombongan cik kiah ke bukit jalil... Aku ingat dalam 4 ke 5 ketul kereta rakan yang mai umah, TAPI sedozen... mau pitam aku kejap.

Tapi tak apa kunjungan tetamu seramai mana pun tetap aku layan sebaik mungkin dan yang terbaik serta termampu. Rasa ingin ku minitiskan air mata ku apabila melihat kunjungan rakan rakan lokalan ADARC47 menziarah xyl aku yang sedang sakit. Terus terang aku cakap rasa sebak dan terharu kerana layanan rakan rakan tak kira tatkala aku sakit mahu pun keluarga ku yang lain. Apa yang mampu hanyalah ucapan ribuan terima kasih yang tak terucap kepada rakan rakan sekalian.

Bukan takat datang menziarah, tapi siap ngan tapau sekali itu yang membuatkan lagi terharu di hati kecilku ini... tapi muka kena maintain macho..hahahahaha. Tambahan pula tidak di lupakan juga sedikit doa selamat oleh rakan kita Al Ustaz Al Amrie 9M2RIE yang sudi mengaminkan doa pada petang tadi. Apa apa pun jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan yang hadir tak kira dari ampang yang jauh mahu pun putrajaya yang tak berapa dekat sangat yang sudi bertandang ke teratak ku yang tak seberapa ni.

Ok apa pun insyaAllah hujung minggu depan aku ngan rakan V47 nak couter Dxing lagi kat kaki Gunung Nuang.... sapa mau joint jom. Ok cukup takat ni terima kasih semua terutamanya sekali kat kak tun yang sudi masak macam macam dengan ubi rebus cicah kelapa serta macam macam lagilah..... yang lain juga terima kasih atas segalanya. Orait jumpa lagi, 73 blahhhhhhh

No comments:

Post a Comment