PEWRIRA TAK DI DENDANG

Salam kepada semua, agak lama aku tak mencoret kat blog aku ni, sibuk, sakit dan macam lagi permasalahan yang perlu aku fikirkan dengan lebih serius dan teliti kali ni. Ok... Pewira tak di dendang itulah tajuk kita kali ni. Mengenangkan kembali bulan kemerdekaan dan hari malaysia, aku terpanggil dan terkenang kembali rakan rakan seperjuangan ku dulu. Yang mana berjaya... Alhamdulillah dan mana dah pergi meninggalkan diriku Al Fatihah sebagai iringan.

Banyak pekara yang aku ingin kongsi dengan pembaca sekalian... tetapi aku hanya fokus pada kisah seorang yang bagi ku beliau adalah wira segala wira.... Beliau adalah ayah ku sendiri... Safeie bin Hashim.

Mungkin nama ni tidak segah nama pahlawan, ahli koperat atau pun ahli politik dalam tahan air kita ni. Tetapi beliau telah banyak menumpah jasa, masa dan keringat untuk agama, bangsa, negara dan keluarganya sendiri. Bagi permulaan tadi aku berkata beliau adalah wira yang tak didendang... sebab sepanjang hayat beliau dari berumur 15 tahun menjawat jawatan sebagai " store packer" dan besara wajib umur 56 tahun, di dalam Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia "JUPEM". 41 tahun beliau menghambakan diri pada negara dan kalau di hitung beliau serta rakan rakan seperjuangan yang lain, rasanya banyak menghabiskan masa bertugas di hutan berbanding dengan keluarga di rumah.

Tapi apa yang aku ingin kongsi bersama adalah dalam usia beliau menghampiri 70an kekadang aku menitis air mata apabila beliau menceritakan nasib rakan rakan beliau yang gugur di perbatasan negara bersama sama dengan anggota tentera dan polis yang di tugaskan untuk mengiringi mereka. Tetapi pengorbanan mereka hanya habis di situ saja, tiada pihak yang tampil untuk memberikan penghargaan kepada mereka, bukan untuk ayah aku saja tetapi semua anggota pasukan ukur yang terlibat dalam usaha pengukuran semula sempadan Malaysia - Thailand.

Beliau dan rakan rakan apabila bertemu semula, mereka sering bercerita tentang pengalaman yang mereka tempuhi pada zaman kegemilangan meraka. Mereka begitu berbangga dengan hasil kerjasama dan tugas yang di berikan dan kalau di fikirkan semula terpaksa berpisah dengan keluarga dalam tempoh yang amat panjang. Tetapi apa kan daya  jasa mereka hanya menjadi titik nostalgia buat mereka saja.

Apa aku lihat di sini, telah berlaku satu ketidak seimbangan dalam masyarakat kita sekarang. Para penghibur, pelawak, penyanyi, ahli koprat dan sebagai begitu mudah mendapat gelaran, penghargaan dan pingat. Dan setakat itu saja malah begelar Dato', Tan Sri dan sebagainya, walahan anggota tentera, polis, bomba dan lain lain jabatan yang bergalang nyawa siang dan malam, hujan dan panas tambahan pula di maki di hamun dan di cerca tidak mendapat sebarang perhatian langsung. Yang terkinja kinja di atas pentas di sanjung bagai pewira, tetapi yang bermandi peluh dan darah di layan bagai hamba sehaya.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri dan keluarga aku dan rakan rakan aku serta ayah aku. Kalau dalam perkhidmatan tentera dan polis adalah sikit pingat PPA dan PPS itu pun sikit nak mati untuk mendapatnya. Kalau di bandingkan dengan jabatan lain macam mana??? Kerja macam nak gila tapi sekelumit zarah penat lelah dan jasa mereka tidak ada siapa yang tahu.

Rakyat Malaysia kerap berulang alik dari Malaysia - Thailand, sedar atau tidak siapa yang bina jajaran tembok keselamatan dari Kuala Kedah sehinggalah ke Wang Kelian di Perlis. Seorang pun tak tau... abis kuat JKR kot..... itulah rakyat Malaysia tidak ada sifat ingin tahu dalam diri masing masing sebab apa, bukan kena mengena pun dengan diri meraka buat apa nak ambil tahu. Aku teringat dulu ada satu program di TV1, semasa wartawan menemubual seorang remaja lalu di utarakan satu soalan " Tahukah adik siapa dia Kanang anak Langakau". Lalu remaja tersebut dengan selambanya menjawap, " Penyanyi 70an rasanya". Rasa nak tergelak, malu dan nak penampar pun ada. Kalau anak aku mau lima jari melekat kat pipi, ni nasib baik anak orang lain.

Ini melanbangkan tahap pengetahuan kenegaraan dan kecintaan kepada negara di kalangan muda mudi sudah pudar. Hanya segelintir sahaja masih berpegang teguh pada perinsip Rukun Negara itu sendiri. Zaman kita dahulu Rukun Negara menjadi mainan di bibir aje, tetapi budak zaman sekarang sebut aja Justin Bibir punya lagu siap menari lagi. Bila di tanya niat hadas besar, melopong mulut macam ikan lampam jawa terdampar tepi sungai. Patut le minggu lepas aku sembang dengan satu ustaz dari jabatan agama mengatakan, 75% remaja meayu TIDAK TAHU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH. Geleng kepala aku di buatnya..... apa sudah jadi ni... Kalau bab agama yang wajib kena tahu pun kantoi, ini kan pula bab negara.

Jadi berbalik kepada kisah ayah aku ni, aku rasa sudah sampai masanya aku mengetengahkan pekara ni kepada pihak yang berwajib, sebab apa aku mahu beliau dan rakan rakan seperjuangannya merasa bangga dan gembira apabila jasa dan bakti mereka kepada tugas dan negara tanpa rasa berbelah bagi akhirnya di kenang jua sebelum mereka memejamkan mata buat kali terakhir. Dan aku berharap mana mana pihak yang membaca coretan aku ini, berfikir sejenak apa kita sudah lakukan kepada meraka yang sebelum dari kita yang membolehkan kita hidup aman dan sentosa pada hari ini. Oklah aku sambung lain kali pulak, yang mana tersinggung harap maaf ini hanya luahan hati seorang anak dan seorang rakyat kerdil sahaja. Wasslallam......

No comments:

Post a Comment