Penangan Si Nuang

Aduh... memang hardcore sungguh si Nuang ni..... tepat pada tarikh 06 Feb 2010 jam 2030H maka seramai 9 orang mula mendaki ke Gunung Nuang...... mak oii malam lak tu, dah le aku lama tak anggkat beg...perhhhh nak pecah dada aku cari angin.... syukur alhamdulillah lepas aje pondok No 3 angin sudah dapat la. Sampai kat Camp Site Lolo tepat jam 0030H, siap pasang khemah lepas tu layan makan maggie sambil pekena kopi susu...... perhhh best gile tengah tengah kesejukan hutan tu... lama aku tak layan suasana macam ni ngan kawan kawan.

Tepat jam 0730H ada pulak yang melalak jadi jam loceng dah pagi tu tido kat jam 0340H, dah pulak tu jam loceng ni nyanyi lagu wali lah pulak. Apa lagi bangun cuci taik mata sikit, kumur lebih kurang, kemas tempat tido, kemudian makan pagi roti cicah sardin dan kopi O panas.
Lebih kurang jam 0830H lepas buat warm up sikit terus kami bersembilan ni gerak ke Puncak dari Camp Site Lolo, perhh....... nak sampai ke Camp Site Pacat memang macam sial, bukit mencanak tak bagi peluang langsung nak angkat kepala, tambah lak cukup ngan rut, mude hole termasuk V gully lagi...... aku tak tau nak panggil apa aku guna istilah offroad aje lah ye... senang sikit. Sampai aje kat Pacat aku ngan partner aku zaidi masak air panaskan kompo ATM bubur pulut hitam ngan bubur kacang hijau sambil pekena air ice lemon tea....perhhhh lagi memang best oooo badan dah penat lepas tu pekena lak air ice lemon tea, memang layan beb....

Lepas gerak dari Camp Site Pacat terus shot ke Puncak, usah kata le bang trek dia memang macam HARAM JADAH peringkat dewa ke 18, mencanak 60 darjah, lepas tu licin lak sebab malam tu kat atas ujan, tapi alhamdulillah tepat jam 1140H aku ngan partner aku sampai, tapi sebelum tu geng rempit dah sampai dah dalam 1/2 jam dulu siap ngan masak nasi lagi, so kami ni kumpulan ke 2 le yang sampai puncak. Elok tak sampai 15 minit meneru dari mana pun aku tak tau datangnya manusia sampai ke Puncak Nuang, tapi oklah sempat juga aku buat pancaran ke Tranasional ASTRA pada pagi tu, ok masa dah cukup maka kami pun gerak turun dari Puncak dan sampai Camp Site Lolo jam 1630H kemudian kemas khemah dan peralatan, mulakan pergerakan balik jam 1800H dan selamat sampai ke pintu pagar Gunung Nuang jam 2000H.

Itulah serba sedikit aktiviti aku minggu lepas, ni dah tinggal kurang dari 48jam aku akan ke Gunung Tahan, aku harapkan semua dalam keadaan selamat pergi dan balik serta semua yang di tinggalkan di sini juga semasa semua rakan pergi ke Tahan kelak. Aku memohon agar rakan rakan mendoakan kami selamat pergi dan balik semasa di sana nanti.

Ok, jumpa lagi..... isteri aku dah panggil masuk tido daaa.... jumpa lagi lepas balik dari Tahan. Selamat semua dan buat rakan rakan yang berugama Buddha aku mengucapkan "Gong Xi Fa Chai" 73 Blahhhhhhhhhh.......

No comments:

Post a Comment